Thursday, February 19, 2009

Program Peningkatan Pendapatan (PPP) Membantu Peniaga Miskin Tegar




Taman Prima Selayang - Di bawah usaha kerajaan BN yang prihatin dalam membantu rakyat yang susah, bantuan kewangan diberi kepada Peniaga yang miskin tegar dibawah Program Peningkatan Pendapatan (PPP). Pada majlis penyerahan sumbangan berkenaan yang disampaikan ADUN Taman Templer, Datuk Subahan Kamal di Pejabat ADUN, beliau berkata sumbangan ini merupakan bertapa prihatinnya kerajaan BN di dalam usaha bagi memastikan bantuan seumpamanya sampai ke peringkat akar umbi.
Menurutnya lagi, walaupun di bawah Pakatan Rakyat (PR), kira-kira RM70,000 sebulan diperuntukkan oleh wakil rakyat BN Parlimen Selayang, untuk membantu golongan susah di sekitar daerah Gombak.
Saf 10.03 (K)