Thursday, February 19, 2009

Inilah Bila Tersalah Pilih Wakil Rakyat....



Rawang - Masalah rakyat yang perlu diberi perhatian oleh Wakil Rakyat (WR) yang dilantik, tapi sekarang apa dah jadi... inilah jika kita menyokong atau memilik wakil rakyat yang tidak peka pada permasalahan rakyat. Mereka berjanji untuk membela rakyat, tetapi hakikatnya hanya tinggal cerita sahaja.
Sebagai wakil rakyat, suka atau tidak kita perlu terima hakikat bahawa rakyat adalah segalanya, kehendak mereka perlu didengari, masalah mereka perlu diselesaikan tanpa kira mereka menyokong kita atau sebaliknya.Janganlah asyik berpolitik sehingga kita lupa untuk melaksanakan tanggungjawab.
Bila cakap sesuatu isu yang menyentuh tindakan tidak betul mereka, WR cepat je melenteng, fikir dulu, siasat dulu, lihat dulu, baru ambil tindakan.... kalau ini pun tidak dapat dilakukan, usahlah jadi WR...cari kerja lain. Orang nak berpolitik kita nak berpolitik, tetapi politik hanya ikut-ikut..
Apa-apa pun kita harap berilah perhatian pada permasalahan rakyat, ni dah keluar media baru nak sibuk-sibuk.. kononnya kita dah beri perhatian dan macam-macam lagi.
Pihak MPS dan WR Pakatan Rakyat... apa lagi tunjuklah kuasa yang ada, selesaikanlah Isu ini jangan ke hulu ke hilir je..... buat kejalah...
Minah Letir... 1.31 (K)