![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhd9w1DWMCugh2UVqDvcMaR-9PctJfSvF3mUN4oxjHrmvQ2WBCMqLiF4e4pFFFNLeDZIHTgrBt2Jjte_ig35JPdh3O1OGoCq2XUmgP_Toymw8hy_NHXi9zRzG3tLyztcZbDiweCJbQsF1U9/s320/tee+kiat.jpg)
Dalam kita mencari keharmonian berbilang kaum, mengapa dan kenapa kita perlu mewar-warkan isu sensasi lagi sensitif... Apa agenda Tee Kiat menyatakan perlu dikaji balik 30% ekuiti Bumiputra di dalam sistem pengangkutan. Apakah beliau sedar cara dan sikap yang diambil ini betul. Sebagai seorang Menteri kabinet, tidakkah ada jalan lain bagi memaklumkan perkara ini.Kenapa perlu diwar-warkan di dalam kenyataan akhbar, ini persoalannya..
malah masalah ini boleh di ketengahkan di dalam mesyuarat Tertinggi BN..kita lihat macam ada satu agenda tersembunyi dan sengaja ingin menyalahkan kaum bumiputra.Kenyataan yang terbuka ini, boleh mengundang persepsi kurang baik di kalangan rakyat dan boleh mencetuskan rasa syak wasangka antara kaum.
kenyataan Tee Kiat ini seolah-oleh beliau menyalahkan atau tidak bersetuju dengan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang memberi keutamaan kepada orang Melayu menyertai dalam pelbagai sektor.
Kita tidak mahu perkara yang boleh diselesaikan dengan cara yang baik dan mengunakan saluran yang betul disalahgunakan. Jangalah kita nak jadi jaguh dalam sesuatu isu...
Banyak kerja yang perlu di lihat dan diperbetulkan... "Sistem pengangkutan negara kita pun masih perlu diberi perhatian...jangan nak gembur isu-isu sensitif..
Kita nak nasihat "Tee Kiat" jagalah hati kawan dalam BN, jangan sedap bercakap je....
"Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar"
Xfiles 11.17 (K)