Saturday, March 28, 2009

Pakatan Rakyat Pertubuhan Haram


Barisan Nasional (BN) dan media digesa tidak merujuk parti-parti pembangkang sebagai Pakatan Rakyat kerana nama itu langsung tidak didaftarkan dan jika diguna, bermakna ia adalah pertubuhan haram.Wakil Pergerakan Pemuda UMNO, Nor Saidi Nayau menegaskan, parti-parti pembangkang langsung tidak menyamai BN yang lahir daripada perjuangan dan kesepakatan bangsa hingga memerdeka dan membangunkan negara.Sebaliknya, menurut beliau, parti-parti pembangkang yang wujud hasil daripada serpihan parti politik yang penuh dendam dan khianat."Jangan kita pula nak mempromosikan secara percuma nama Pakatan Rakyat, soalnya bila ia diluluskan sebagai pertubuhan, siapa dan bila ia ditubuhkan?"Sebenarnya langsung tiada penubuhan dan pendaftaran secara rasmi, jadi mereka adalah pertubuhan haram."Tetapi masalahnya semua pihak termasuk media kerajaan atau swasta telah menggunakan nama rujukan ini, kami cadangkan semua pihak tidak menggunakan Pakatan Rakyat,"
Saf 7:29 UM (SB)