Thursday, February 26, 2009
Wednesday, February 25, 2009
Mesyuarat Biro Latihan - Perancangan Kursus Kemantapan Kepimpinan UMNO Bhg.Selayang
Tasik Biro Kundang, Kehadiran YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus di dalam mesyuarat Jawatankuasa Biro Latihan dan beliau juga menyampaikan taklimat akhir, supaya memastikan program ini berjalan di dalam suasana yang baik. Mesyuarat ini juga menyemak dan memastikan kerja-kerja akhir program ini berjalan dengan lancar.Seramai 34 orang Jawatankuasa hadir dalam mesyuarat ini..
Saf 7.14am (R)
Sunday, February 22, 2009
Apa Kehendak Mereka -"jangan Pertikai Keputusan SPRM"
Cubalah rasional sikit, janganlah pula hendak mengheret UMNO-BN dalam masalah hampa.. takanlah hampa yang makan nangka, kami pula yang kena getahnya... Hampa ingat hampa tu malaikat ke... ???.
Khalid ni, bukan hampa tak kenal, lupa saja ..ingat tak pilihan raya kecil di ijok, dalam ceramah beliau mengajak menyokong UMNO-BN, tetapi menyalahkan media kononnya edit ..ucapan beliau..macam-macam lagi.. Dulu masa dalam berkhidmat dengan kerajaan, semua bagus..bila ada "something" salahkan pimpinan kerajaan, yang hang dok membesarkan family ketika tu hang tak kira, malah hang hentam..pulak (siapa tak kenang budi...).
"menangis konon, buat apa datang, pegi dari sini, kawin dengan anak aku satu sen pun tak keluar malah anak aku kau seksa, Sabariah tak dee ( Dialog dalam Ibu mertuanku..P.Ramlee )..
Ana, rasa bila kerja, nawaitu tak betul ..tanggunglah akibatnya..... janganlah ikut telunjuk Anuar...
i am sorry.......(Amir raja lawak)
Minah letir 2.37pm (A)
BN Bela Rakyat...
Taman Prima Selayang, sikap prihatin dalam membela rakyat telah menjadi asam garam di dalam perjuangan UMNO-BN. Inilah yang disematkan di dalam hati setiap wakil rakyat BN bagi memastikan hak rakyat terbela tanpa ada perbezaan bangsa atau kaum.
ADUN templer, Datuk Subahan Kamal (tiga dari kanan/gambar) telah memberi sumbangan berupa motosikal roda tiga kepada salah seorang penerima di bawah PPP (Program Peningkatan Pendapatan) zon gombak bagi golongan miskin tegar.
Boleh dikatakan setiap hari ada saja bantuan yang dihulurkan bagi membatu rakyat.
Apa-apa pun kita buat kerja... jalankan amanah yang diberi oleh pengundi..
Saf 2.35pm (A)
Saturday, February 21, 2009
Cerita Sana Sini.....
Kita perlu memikirkan masa depan UMNO, sesiapun dipilih yang penting mereka bertanggungjawab memastikan kepimpinan Pemuda lebih mantap serta berani di dalam mengharungi Politik semasa.


Kita perlu prihatin dan sentiasa peka dengan masalah masyarakat, masyarakat berhak nak melalui media atau sebaliknya di dalam membuat laporan bagi memastikan hak mereka terjaga. Bagi mereka yang bertanggungjawab serta diamanahkan haruslah menerima apa juga masalah atau rugutan dengan berlapang dada. Lihat dan turun padang memastikan perkara ini betul, "kalau takut bermain ombak, jangan berumah di tepi pantai" -- (Khas untuk ahli Majlis PR).

"Syabas, kita orang UMNO perlu turun padang melihat masalah rakyat....."
Saf 9.33 (SB)
Rahmat Jumaat - Setiap Jumaat YB DUN KUANG, Menziarah Penduduk Miskin di DUN Kuang...
Sg.Serai, selaku Wakil Rakyat inilah rutin beliau, YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus setiap kali hari Jumaat. Beliau bersama-sama pegawai-pegawainya akan turun padang meninjau penduduk miskin serta menghulur sedikit sumbangan kepada mereka yang memerlukan.
Keprihatianan beliau mendampingi rakyat,menjadi agenda utama dalam memulihkan kembali pepercayaan masyarakat terhadap UMNO.Untuk memastikan agenda ini tercapai kita ahli-ahli UMNO harus mendampingi masyarakat dan memahami kehendak mereka.Dengan mengadakan program ini, ia lebih bermakna untuk masyarakat mengenali Wakil mereka lebih dekat lagi.
Semoga usaha ini berterusan...dan membuktikan bahawa UMNO pembela rakyat.
Saf 9.08(SB)
Subscribe to:
Posts (Atom)