Monday, March 9, 2009

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat DUN Kuang N13 - Bhg.2



Tasik Biru Kundang, Perarakan Maulidur Rasul yang dianjurkan oleh Pejabat YB DUN Kuang N13 bersemperna hari keputeraan junjungan nabi Muhamad saw mendapat sambutan baik di kalangan penduduk setempat. Seramai hampir 800 orang menyertai perarakan ini walaupun di dalam suasana hujan.
Perarakan ini terbahagi kepada 2 peringkat, penduduk yang datang dari arah Bandar Tasik Puteri, Bt.Arang serta Kundang, mereka berkumpul di Sek.Keb.Kundang dan bagi mereka yang datang dari Kuang, mereka berkumpul di Surau Kg.Setia. Kedua-dua kumpulan ini akan berarak menuju ke padang bola sepak berhampiran dewan 1001 Kg.Setia.
Perarakan ini di ketuai sendiri oleh YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus, bersama-sama penduduk. Inilah program yang julung kali diadakan, alhamdullilah ia memdapat sambutan yang baik dari penduduk sekitar DUN Kuang.Di dalam program ini juga diadakan ceramah perdana yang di sampaikan oleh Ustaz Mohd Azmi Bin Abd.Hamid dari KUIS.
"ingin melihat gambar-gambar sekitar majlis klik link di bawah:"

Saf 9.44pm (I)

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat DUN Kuang N13 - Bhg.1

Proses Persediaan Majlis:





Saf 8.28 pm (I)

Monday, March 2, 2009

Thursday, February 26, 2009

Wednesday, February 25, 2009

Mesyuarat Biro Latihan - Perancangan Kursus Kemantapan Kepimpinan UMNO Bhg.Selayang




Tasik Biro Kundang, Kehadiran YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus di dalam mesyuarat Jawatankuasa Biro Latihan dan beliau juga menyampaikan taklimat akhir, supaya memastikan program ini berjalan di dalam suasana yang baik. Mesyuarat ini juga menyemak dan memastikan kerja-kerja akhir program ini berjalan dengan lancar.Seramai 34 orang Jawatankuasa hadir dalam mesyuarat ini..
Saf 7.14am (R)

Sunday, February 22, 2009

Apa Kehendak Mereka -"jangan Pertikai Keputusan SPRM"

Inilah golongan kecewa PKR ---Parti keliru Rakyat yang tidak habis-habis menyalak dan menyalahkan orang lain. Lepas satu, ...satu isu yang mereka salakan.... Bila orang mereka kena, tak betulah SPRM tetapi kita orang UMNO-BN tidak pernah mempertikaikan jika di kalangan kita melakukan kesalahan..
Cubalah rasional sikit, janganlah pula hendak mengheret UMNO-BN dalam masalah hampa.. takanlah hampa yang makan nangka, kami pula yang kena getahnya... Hampa ingat hampa tu malaikat ke... ???.
Khalid ni, bukan hampa tak kenal, lupa saja ..ingat tak pilihan raya kecil di ijok, dalam ceramah beliau mengajak menyokong UMNO-BN, tetapi menyalahkan media kononnya edit ..ucapan beliau..macam-macam lagi.. Dulu masa dalam berkhidmat dengan kerajaan, semua bagus..bila ada "something" salahkan pimpinan kerajaan, yang hang dok membesarkan family ketika tu hang tak kira, malah hang hentam..pulak (siapa tak kenang budi...).

"menangis konon, buat apa datang, pegi dari sini, kawin dengan anak aku satu sen pun tak keluar malah anak aku kau seksa, Sabariah tak dee ( Dialog dalam Ibu mertuanku..P.Ramlee )..

Ana, rasa bila kerja, nawaitu tak betul ..tanggunglah akibatnya..... janganlah ikut telunjuk Anuar...
i am sorry.......(Amir raja lawak)

Minah letir 2.37pm (A)

BN Bela Rakyat...



Taman Prima Selayang, sikap prihatin dalam membela rakyat telah menjadi asam garam di dalam perjuangan UMNO-BN. Inilah yang disematkan di dalam hati setiap wakil rakyat BN bagi memastikan hak rakyat terbela tanpa ada perbezaan bangsa atau kaum.
ADUN templer, Datuk Subahan Kamal (tiga dari kanan/gambar) telah memberi sumbangan berupa motosikal roda tiga kepada salah seorang penerima di bawah PPP (Program Peningkatan Pendapatan) zon gombak bagi golongan miskin tegar.
Boleh dikatakan setiap hari ada saja bantuan yang dihulurkan bagi membatu rakyat.
Apa-apa pun kita buat kerja... jalankan amanah yang diberi oleh pengundi..
Saf 2.35pm (A)